info

Kami sedang beralih daripada MT4 kepada MT5. Akaun MT4 sedia ada tidak akan terjejas, tetapi akaun baharu tidak akan disokong pada MT4. Permudahkan pengalaman dagangan anda dan temui ciri-ciri yang dipertingkatkan dan integrasi yang lancar dengan MT5.

close

Kadar pembiayaan akan kekal seperti biasa dari 18 Disember 2024 hingga 2 Januari 2025. Dengan membekukan kadar pembiayaan, kami bertujuan untuk melindungi klien kami daripada pergerakan pasaran yang berpotensi menjadi agresif sepanjang tempoh perayaan tersebut.

Jika anda mempunyai apa-apa soalan, sila hubungi pasukan perkhidmatan pelanggan kami.

Dismiss close
MELINDUNGI MAKLUMAT ANDA

Amalan keselamatan OANDA

Kami di OANDA komited dalam usaha memastikan keselamatan dan privasi pelanggan, rakan kongsi dan kakitangan kami. Ini kami capai melalui amalan terbaik industri yang terkini dan teknologi keselamatan yang dikuasakan AI. Kami berusaha keras dalam melindungi maklumat sensitif anda. Jika anda, pada bila-bila masa, menjumpai apa-apa kelemahan kami, harap maklumkan kepada kami.

security

Cara kami melindungi pelanggan kami

Pengesahan 2 Faktor (2FA)

Kami sangat mengalu-alukan pelanggan kami supaya mendayakan 2FA pada akaun mereka. Ia akan melindungi akaun dan dana anda daripada akses yang tidak dibenarkan. Keterangan lanjut mengenai 2FA.

Keselamatan termaju yang komprehensif

Kami telah melaburkan banyak sumber untuk mencipta perlindungan keselamatan komprehensif bagi memastikan data anda tersimpan dengan selamat dan privasinya terjamin. Kami mencapai ini melalui:

  • Pasukan keselamatan dalaman
  • Perkongsian dengan pelbagai firma keselamatan peneraju industri
  • Pemantauan 24 jam oleh pusat operasi keselamatan
  • Penjajaran dengan jangkaan kawal selia yang ketat dan pensijilan standard industri

Program pendedahan etika

Pelaporan isu keselamatan

Jika anda percaya anda telah menjumpai suatu isu keselamatan dalam salah satu daripada produk atau platform kami, sila maklumkan kepada kami melalui halaman HackerOne.

Perlindungan dari segi undang-undang

Membolehkan anda menjalankan aktiviti secara tetap dengan Dasar seperti yang disenaraikan di bawah, kami mengikat janji akan:

  • Menganggap aktiviti anda sebagai kelakuan yang sah
  • Tidak akan memulakan tindakan undang-undang terhadap anda
  • Mengambil langkah bagi memaklumkan bahawa tindakan anda adalah mematuhi Dasar ini sekiranya pihak ketiga memulakan tindakan undang-undang terhadap anda.

Garis panduan program

Kami memohon agar penyelidik keselamatan:

  • Bertindak dengan jujur bagi mengelakkan pelanggaran privasi, menurunkan kualiti pengalaman pengguna, mengganggu sistem pengeluaran dan memusnahkan data
  • Berinteraksi hanya dengan akaun milik anda atau dengan kebenaran yang jelas daripada pemegang akaun
  • Menjalankan analisis yang terhad kepada persekitaran DEMO (Latihan)
  • Mengeksploitasi hanya setakat yang perlu untuk mengesahkan wujudnya keadaan mudah terdedah dan sebaik sahaja ditentukan tidak meneruskan penggunaan dalam keadaan tersebut
  • Tidak menyusup keluar data, mewujudkan akses garis perintah dan/atau keterusan atau pangsi kepada sistem lain
  • Menggunakan saluran komunikasi yang ditetapkan (seperti yang dikenal pasti pada halaman ini) untuk melaporkan maklumat keadaan mudah terdedah kepada kami
  • Menyimpan maklumat mengenai apa-apa isu keselamatan yang disyaki atau telah diselesaikan yang anda jumpai secara rahsia antara anda dan OANDA sehingga kami memberikan kebenaran yang jelas
  • Mematuhi garis panduan pendedahan HackerOne

Anda ada soalan mengenai keselamatan?

Hubungi kami di security@oanda.com. Kami akan menjawab kemusykilan anda dengan senang hati.